Wednesday, January 14, 2009

Satu peristiwa mengembirakan yang menjadi kenangan semasa di SQSS adalah bila saya diberi pangkat sebagai seorang A.S.M (Admin sergeant major) di dalam kegiatan luar darjah saya, NCC.


Kami disuruh meguruskan sebuah perkhemahan di sekolah untuk murid-murid sec 1 yang baru sahaja masuki NCC. Pada masa itu, tiada siapa yang lebih tinggi pangkat dari yang lain. Kami semua bekerjasama sebagai satu kumpulan yang sangat handal. Kamilah part C.


Masa yang saya berkongsi dengan mereka sangat penuh dengat peristiwa-peristiwa

yang lucu. Kami sukar berbuat lawak dengan satu sama lain. Semua hukuman yang kami dapat, kami buat bersama-sama.


Satu hari dalam perkhemahan kami, Mr.Tan TC memberitahu saya dan sharul bahawa kami mendapat menjadi A.S.M. Saya tidak sangka yang saya akan mendapat kerana saya tidak bergitu aktif dengan menolong sec 1 sangat. Rupanya saya menunjukkan kebaikan saya kepada sec 1 dan 2 dan mereka suka kalau saya menjadi ketua mereka. Saya pun bersutuju dan mendapat banyak ucapan taniah dari rakan-rakan saya.


Saya mahu menggunakkan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan part C, yang sekarang part D, kerana membuat masa saya berada di NCC sangat menarik. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Mr.Tan TC kerana memberikan saya peluang untuk menjadi seorang ketua.


Nasihat saya mahu berkongsi dengan pelajar 'junior' adalah untuk menghargai masa yang kamu berkongsi dengan rakan kamu di dalam kegiatan selepas sekolah. Kamu tidak akan boleh lupakan mereka.


Saya harap bila saya menjadi ketua di sekolah saya pun dapat menjadi ketua bila saya bekerja nanti. Untuk 'junior' saya, saya mahu cakap bahawa menghargai masa yang kamu berkongsi dengan rakan di sekolah ini. Merekalah adalah kawan kamu selama-lamanya.



Orang pemalas dah nak tidur
- 6:22 PM

Wednesday, October 3, 2007

-Artikel-
Jaga gigi sejak bayi lagi
FIEDZROY Ezani mendengar penerangan tentang penjagaan gigi daripada Dr. Halizah Hashim.
BARISAN gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya harus dijaga sejak bayi lagi. Pakar pergigian, Klinik Pergigian Halizah, Dr. Halizah Hashim berkata, kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan gigi anak-anak, ini semua kerana kurangnya pendedahan terhadap kaedah penjagaan gigi.
Menurut beliau, pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun.
Oleh itu, pengambilan makanan oleh ibu terutama kalsium ketika mengandung adalah penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi pada janin itu sendiri.
“Sebaik sahaja anak tumbuh gigi pada peringkat bayi, ibu bapa perlu mempunyai tabiat membersihkan gigi bayi dengan menggunakan tuala basah atau kain lembut,’’ katanya.
Beliau juga menyarankan ibu bapa supaya membersihkan gusi bayi menggunakan tuala basah dan lembut selepas bayi selesai menyusu.
“Langkah ini bertujuan untuk mengelak sisa susu tertinggal di dalam mulut dan seterusnya terbentuk karies gigi,’’ jelasnya.
Dr. Halizah memberitahu, gigi kekal yang kita miliki hari ini sebenarnya bermula daripada gigi susu yang tumbuh pada usia enam bulan.
Beliau juga memberitahu setiap gigi ada jadual pertumbuhan yang berbeza di mulai dengan gigi hadapan sebelum gigi di bahagian lain. Justeru itu, amat penting ibu bapa mengajar anak mengenai penjagaan gigi sejak kecil.
“Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan juga ibu bapa menjaga gigi dan jika boleh lakukan bersama anak-anak,’’ jelasnya.
Menurut Dr. Halizah, selalunya gigi susu kanak-kanak akan penuh apabila umur mereka menjangkau usia setahun lebih hingga tiga tahun. Ketika itu anak-anak boleh diajar untuk menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok gigi.
Tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak
* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi.


Orang pemalas dah nak tidur
- 8:17 PM




Ini kelas guitar saya pada kelas yang terakhir.Saya di belakang sebelah seorang pelajar dari 2B yang bernama Yiimei.Saya sangat suka kelas guitar saya tapi saya sedih kerana ia sudah habis.


Orang pemalas dah nak tidur
- 7:43 PM

Wednesday, September 26, 2007

-Pilihan yang sangat penting-

Salam sejatera kepada Cikgu Ismail dan rakan-rakan saya.Saya sudah kembali untuk berbincang topik baru.Topik itu adalah pilihan yang sangat penting.Pilihan ini dipilih oleh mama saya,bila dia sedang mengandung.

Mama saya mahu menjadi seorang pramugari tetapi dia sedang mengandung.Mama saya boleh bersambung kerjanya tetapi dia mesti tinggal akan kakak-kakak saya dan saya dengan ayah saya.

Di akhirnya,mama saya memilih untuk menjaga kami dan meningalkkan kerjanya.Saya rasa gembira kerna jika mama saya buat pilihan lain,saya tidak akan rasa kesayangan mama saya.
Pilihan yang mama saya buat adalah pilihan yang betul.

-ASYRAF-


Orang pemalas dah nak tidur
- 8:19 PM


-Masalah remaja di sekolah-
Salam sejahtera kepada Cikgu Ismail dan rakan-rakan saya.Saya kembali lagi dan akan bincang tentang remaja yang sangat jahat dan kurang ajar kepada cikgu.Saya akan bincang tentang kerana mereka mahu buat begitu.
Saya rasa bahawa murid-murid itu mahu menjadi kawan dengan murid yang jahat dan dengan menunjuk sikap kurang sopan kepada guru.Sebab-sebab lain adalah murid itu tidak suka cikgu itu dan dia tidak mahu dengar apa cikgu itu sedang mengajar.
Perbuatan ini sangat tidak berguna dan murid-murid itu akan didenda dengan pengetua sekolah atau DM.Buat apa mahu buat benda-benda ini?Tidak ada manfaatnya.Murid itu akan didenda untuk perbuatan yang bodoh.
Saya harap murid-murid sekolah ini akan berubah perangai mereka dan juga menjadi lebih baik kepada cikgu mereka.
-ASYRAF-


Orang pemalas dah nak tidur
- 7:47 PM

Sunday, September 23, 2007

-Sukan yang saya gemari-

Saya gemar bermain sukan yang bernama Basketball atau bola keranjang.Saya baru sahaja bermula main sukan ini dua bulan lalu.Saya melihat kawan saya Lutfi dan Joseph main,dan saya pun terpikat.Pada masa itu saya bermain dengan Jordan dan kami pun buat pasukan.

Kami bermula dengan mencabar dengan Lutfi dan kawan saya Eivriel.Kami kalah.Keputusannya adalah 14-5.Selepas kejadian itu,Jordan dan saya terus melatih untuk menang mereka.

Kejadian itu berlaku dua bulan dahulu.Sekarang kami sudah berjadi lebih hebat dan kuat.Saya sekarang sudah diberi nama `Rebound Prince`,kerana saya boleh menangkap bola yang tidak masuk dengan melompat tinggi.Saya harap saya dan jordan boleh menang Lutfi dan eivriel selepas perperiksaan nanti.

Pada saya,bola keranjang adalah permainan yang sangat seronok jika kamu bermain dengan kawan-kawan kerana kalau awak kalah,awak tidak akan rasa kecewa.Saya mahu bermain di pertandingan bola keranjang jika saya dapat peluang.Saya mahu bertanding dengan orang yang lebih hebat dari saya.

Saya rasa orang yang bermain bola keranjang di NBA semua sudah berlatih selama dua atau tiga tahun sebelum mereka boleh main.Saya suka lihat mereka bertarung dan menang.Saya mahu jadi tinggi seperti mereka.

Walaupun saya tidak begitu bagus,saya akan berlatih dan menjadi lebih hebat.

-ASYRAF-




Orang pemalas dah nak tidur
- 9:59 PM

Friday, September 21, 2007

Ke taman warisan melayu!!!

Salam sejahtera ke Cikgu Ismail dan kawan-kawan saya!!!!!!!Hari ini saya akan bincang tentang perjalan kelas 2E ke taman warisan.Kami sekelas menaiki satu bas dengan cikgu Khatijah.Perjalan ke sana sangat menarik dan kelakar kerana kami buat lawak...hehehe.....

Bila kami sampai,kami tunggu kelas-kelas NA datang.Lepas itu,ada seorang lelaki yang berpakaian tradisional melayu memberitahu kami apa yang kami akan melakukan nanti.
Dia memberitahu kami bahawa kami akan melihat museum sebelum menonton persembahan di theater.

Dalam museum itu,ada banyak benda yang memberitahu kami tentang masyarakat melayu dahulu.Banyak orang melayu dahulu menangkap dan menjual ikan sebagai perkerjaan mereka.
Saya melihat rumah kampung dan rumah HDB yang lama.Ia sangat kecil!!Selepas itu saya melihat tentang wayang-wayang lama seperti seniman bujang lapok dan pendekar bujang lapok.
Ia menunjukkan saya tentang wayang yang P.Ramlee membuat dahulu.P.Ramlee seorang direktor,penyanyi dan pelakon.Dia adalah orang yang sangat hebat.

Selepas itu kami pergi ke theater dan menonton programme yang mereka sudah menyediahkan untuk kami.Mereka menunjukkan kami tentang kain samping,baju telok blangah dan jogetan melayu yang lama.Walaupun saya sudah menonton persembahan itu,ia masih menarik untuk saya.

Saya sangat suka taman warisan.Ia sangat menarik.Saya harap sekolah akan hantar kami ke sana dan ke tempat lain yang menarik.

-Asyraf-


Orang pemalas dah nak tidur
- 10:40 PM

A long winded Life

Selamat datang ke blog saya!!


Tentang diri

Nama saya Asyraf
Sec 4A

kesukaan saya


Ini blog melayu saya.haha!



Laments


Tagboard Here!


Loners

Lutfi
Hanzalah
Huda
Hidayah
Syahirah
Cikgu Ismail


Past Troubles

September 2007
October 2007
January 2009


Credits !

Designer is >> Edwardhjt!!!